
Satu perkembangan yang baik dalam industri halal apabila telah mula terdapat perbincangan untuk mewajarkan sijil halal kepada syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan. Kewujudan syarikat begini secara mendadak ada kebaikkan dari segi peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun apabila diperhalusi, ada kekhuatiran berlaku kontaminasi ke atas makanan halal yang dipesan pelanggan Muslim.
Sebagai konsultan pensijilan halal, kami menyambut baik pandangan ini atas dasar melindungi pengguna Muslim. Sudah semestinya, kita memerlukan satu jaminan halal atas seluruh rantaian makanan yang kita makan. Oleh itu, menjadi syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang memiliki sijil halal, sudah pasti menjadi penanda aras penting untuk syarikat beroperasi di kalangan pengguna Muslim di negara ini.