• 19th August 2019
  • adm_ansar
  • 0

Q: Kami beli helmet untuk tujuan koleksi peribadi, tapi bila tiba di ruang ketibaan, kenapa helmet kami dirampas?

A: Helmet anda akan diperiksa dan mungkin terpaksa dirampas oleh pihak Kastam, jika ia tidak memiliki permit kelulusan daripada JPJ dan tidak mematuhi peraturan tertentu.

Q: Macam mana nak tahu helmet yang kami beli mengikut peraturan dan boleh dibawa masuk ke Malaysia?

A: Pihak Kastam sudah memaklumkan sejak akhir tahun lepas, bahawa setiap helmet/topi keledar yang digunakan di Malaysia hendaklah mempunyai Chop SIRIM dan perlu memenuhi standard Peraturan Malaysia Standard MS 1 dan Peraturan UNR 22.

Bagi topi keledar yang mempunyai persijilan UNR 22, penanda pada topi keledar adalah berupa huruf E yang boleh didapati di tali pengikat dan cermin pelindung muka.

Q: Macam mana nak dapatkan semula helmet yang sudah dirampas oleh pihak Kastam?

A: Anda perlu memohon permit kelulusan dari JPJ untuk pelepasan bagi memastikan ia memenuhi standard Peraturan Malaysia.

Q: Jika kami beli helmet dari luar negara secara online, kami perlu juga memohon permit kelulusan JPJ?

A: Sebaiknya anda dapatkan permit, untuk melancarkan urusan clearance nanti.

#Certification
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#JabatanPengangkutanJalan
#AnsarCompMalaysia

Source : http://bit.ly/helmet-kena-rampas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon