Sebelum import / export produk, pengimport dan pengeksport perlu pastikan produk yang perlu dibawa masuk ke satu-satu negara itu mendapat kelulusan daripada pihak berwajib yang menguruskan kelulusan tersebut. Lain negara lain pula peraturannya.

Banyak juga berlaku kes, barang sudah import, tetapi ditahan di imigresen kastam kerana tiada kelulusan. Ada juga terpaksa dihantar balik ke negara asal atau return to origin (RTO).

Tugas kami di sini sebagai consultant, berkhidmat membantu untuk memastikan produk-produk tersebut mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tersebut dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum pelbagai masalah lain timbul atau kos yang lebih besar terpaksa ditanggung jika tidak ikut peraturan.

Berikut adalah sebahagian daripada kategori produk dan agensi yang terbabit:

Peralatan komunikasi – SIRIM
Peralatan elektrik – Suruhan Jaya Tenaga
Barangan kulit – Wild Life Malaysia
Export permit di bawah Strategic Act- MITi
Dairy products – MAQIS

…dan pelbagai lagi.

Tiada istilah “easy access” atau “cable” atau “under table”. Semuanya perlu ikut peraturan.

Hubungi hotline kami untuk pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan: 011 3290 9022.

“Compliance Does Matter”

#RADAnsarComp
#RegulatoryApprovalAnsarComp
#AnsarComp
#ImportPermit
#approvalspecialist
#ansarian

Nota:
Kredit gambar daripada AnsarComp Regulatory Approval Department (RAD) team yang sedang melaksanakan tugas mereka bersama pelanggan pagi tadi. Moga Allah permudahkan. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon