LESEN IMPORT/EKSPORT : Lesen Import / Eksport diperlukan oleh pelanggan untuk aktiviti Import/Eksport hidupan liar yang dilindungi di bawah Bahagian III Jadual Dua. Bahagian II Jadual Empat dan Jadual Lima Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76).

PERMIT CITES : Permit CITES merupakan permit yang diperlukan oleh pelanggan untuk aktiviti Import / Eksport hidupan liar yang tersenaraikan di bawah Apendiks CITES.

PERMIT KHAS : Permit khas diperlukan oleh pelanggan untuk aktiviti Import / Eksport hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Satu, Bahagian I dan II Jadual Dua, Jadual Tiga dan Bahagian I Jadual Empat Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76).

SIJIL BUKAN CITES: Sijil Bukan CITES merupakan sijil yang diperlukan oleh pelanggan untuk aktiviti Import / Eksport hidupan liar yang tidak dilindungi di bawah Akta Perlindugan Hidupan Liar 1972 (Akta 76) dan yang tidak disenaraikan di bawah Apendiks CITES.

Sila rujuk laman web Jabatan PERHILITAN http://www.wildlife.gov.my/ – pelesenan, untuk senarai terperinci hidupan liar yang dilindungi dan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76). Bagi hidupan liar dibawah senarai CITES, sila rujuk laman web CITES http://www.cites.org/

Tapi kalau Tuan-tuan tak ada masa, contact je kami : )

Customer Service HOTLINE +6011 3290 9022 ATAU email kami di consultant@ansarcomp.com.m

#Certification
#Homologation
#TypeApproval
#RegulatoryApproval
#WILDLIFECertification
#AnsarcompMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wpChatIcon